BUAH KHULDI UNTUK KEBAL MATI
(Artikel Majalah Al-Islam bulan April 2014)
(Artikel Majalah Al-Islam bulan April 2014)
Sekitar tahun 1989 dahulu, seorang pemuda dari
negara jiran bernama Dulisman telah ditangkap pihak berkuasa Malaysia melalui
Ops Rabun. Beliau telah dituduh atas kesalahan memperkosa lebih dari 40 orang
anak gadis di Lembah Kelang. Dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa,
Dulisman mengaku bahawa perbuatan terkutuk tersebut terpaksa dilakukan demi
memenuhi syarat ilmu hitam yang diamalkannya. Menurutnya, dia perlu memperkosa lebih
kurang 88orang anak dara untuk memastikan dia dapat kekal muda dan hidup lebih
lama.
ILMU KEBAL SENJATA SYAITAN
Dulisman adalah antara salah seorang manusia yang ditimpa nasib malang
dalam usaha mencari kekebalan hidup. Jika kita kaji lebih mendalam, kita akan
dapati bahawa keinginan untuk hidup lama merupakan salah satu dari senjata yang
digunakan iblis untuk mengeluarkan Nabi Adam a.s. dari syurga. Firman Allah SWT
dalam Al-Quran Surah Taha, ayat 120 yang bermaksud:
”Setelah
itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: “Wahai Adam!
Mahukah aku tunjukkan kepada kamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya
dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”
Keinginan manusiauntuk kebal dari kematian dan kebal dari kecederaansangat
diketahui oleh iblis dan kuncu-kuncunya. Lalu mereka mencipta pelbagai tipu
daya untuk menjerumuskan manusia ke dalam amalan-amalan khurafat yang
bertentangan dengan perintah Allah.Antaranya ialah ilmu kebal kaca, ilmu dabus,
kebal kulit nangka, kebal kanuragan, ilmu sangka bunuh dan pelbagai lagi dengan
pelbagai nama dan versi. Ilmu
sedemikian merupakan salah satu strategi iblis dan syaitan untuk menipu daya
manusia. Iblis tahu manusia akan sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi
lebih kaya, lebih hebat, lebih gagah, lebih tampan, lebih cantik. Apabila sikap
ingin lebih dari orang lain ada pada diri seseorang, maka akan timbul sifat
tidak bersyukur. Apabila tidak bersyukur, maka ia akan membuka ruang kepada
syaitan untuk menyusup masuk.
Bagi individu yang mempunyai latar belakang
agama, maka iblis membisikkan kononnya ilmu kebal ini ada dalam Islam. Bahkan mereka
mendakwa bahawa sebahagian sahabat Nabi SAW ada yang belajar ilmu kebal.
Dakwaan sebegini sangat bertentangan dengan apa yang sebenarnya. Untuk
menafikan dakwaan sebegini, maka sama-sama kita telusuri sejarah yang
terkandung dalam Al-Quran dan juga sunnah.
SEJARAH MANUSIA HIDUP
LAMA
Dalam lipatan sejarah, terdapat beberapa kisah
manusia yang Allah takdirkan hidup lebih lama dari kebiasaan manusia biasa.
Antara kisah yang terkenal ialah kisah penghuni gua (Ashabul Kahfi) yang
ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun. Firman Allah dalam surah al-Kahfi, ayat
10-12:
”Adakah
engkau menyangka (wahai Muhammad) bahawa kisah ’Ashabul Kahfi’ dan ’Ar-Raqiim’
itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan
Kami? (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua,
lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu,
dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan
ugama kami”. Lalu Kami
tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak
bilangannya.”
Begitu juga dengan kisah Nabi Uzair yang telah ditidurkan
oleh Allah selama 100 tahun. Kisah ini tercatat dalam surah Al-Baqarah ayat
259:
“Atau
(tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui
sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata:
“Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya
(rosak binasanya)?” Lalu
ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun,
kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: “Berapa lama engkau
tinggal (di sini)?” Ia menjawab: “Aku telah tinggal (di sini) sehari atau
setengah hari”. Allah berfirman:” (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal
(berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada
makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula
kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan
ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat
manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami
menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging “. Maka apabila
telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku
mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu”.
Berdasarkan kedua-dua kisah di atas, maka kita
dapat melihat beberapa perbezaan antara suatu perkara luar biasa yang
dikurniakan Allah berbanding dengan keajaiban yang berlaku hasil pertolongan syaitan
melalui amalan-amalan salah.
1.
Kisah luarbiasa yang berlaku kepada Ashabul Kahfi
dan Nabi Uzair adalah bertujuan untuk menunjukkan kekuasaan Allah kepada
manusia. Mudah-mudahan dengan yang demikian akan menjadikan manusia semakin
yakin kepada Allah dan menambahkan lagi keimanan mereka. Berlainan dengan ilmu
kebal. Ianya lebih untuk menunjukkan kehebatan pengamalnya, bukan untuk
menunjukkan kekuasaan Allah.
2.
Kisah Ashabul Kahfi dan Nabi Uzair berlaku
tanpa dirancang. Ianya adalah kurniaan Allah dalam bentuk mukjizat dan karamah.
Ia berlaku secara spontan, tidak dipelajari dan tidak berulang. Berlainan
dengan ilmu kebal. Ianya merupakan istidraj dan sihir kerana ianya perlu
dipelajari, boleh dirancang dan terjadi berulang kali mengikut kehendak
pengamalnya.
3.
Kisah Ashabul Kahfi dan Nabi Uzair tidak
melibatkan sesuatu yang berupa larangan dan tegahan Allah. Ianya berlaku tanpa
memerlukan syarat tertentu. Manakala sesuatu yang datang dari syaitan biasanya
dalam bentuk amalan yang dilarang oleh Allah. Contohnya, larangan memakan buah
khuldi, larangan memperkosa, larangan menuntut ilmu dari kahin (bomoh
dan pawang), larangan bertemu ’arraf (tukang tilik) untuk mengetahui
hari nahas, larangan menggantung tangkal kebal dan seumpamanya.
BOLEHKAH MANUSIAKEBAL
DARI KEMATIAN?
Timbul persoalan adakah manusia itu mampu hidup
kekal abadi, atau paling tidak, hidup lebih lama dari kebiasaan? Persoalan ini sering
dilupakan oleh orang-orang yang mengejar kehebatan diri dan kemegahan dunia.
Sedangkan Allah telah menjawab soalan ini dengan sejelas-jelasnya dalam surah
Ar Rahman, ayat 26-27:
”Setiap sesuatu yang di atas muka bumi akan hancur
binasa. Dan yang kekal abadi adalah wajah Tuhanmu (Allah) yang memiliki
Kebesaran dan Kemuliaan.”
Walaupun begitu, masih ramai juga yang tidak
mempedulikan pengajaran ayat tersebut. Mereka mengatakan bahawa ilmu kebal dan
ilmu pantang ajal ini wujud dalam Islam. Pengamal ilmu ini memberikan beberapa
hujah bahawa ada dikalangan sahabat Rasulullah SAW yang kebal, tidak lut
ditikam senjata musuh ketika berperang melawan tentera musuh.
Mereka tidak sedar bahawa itu semua sebenarnya
adalah sebahagian dari janji-janji syaitan yang penuh dengan tipu daya.Dalam sejarah
Islam, memang terdapat beberapa kisah sahabat yang dikurniakan kelebihan dan
karamah. Antaranya ialah Khalid Al Walidpernah terselamat dari sebarang
kecederaan akibat ditetak pedang. Namun, dalam banyak peperangan, beliau turut
mengalami kecederaan sehingga beliau berkata: “Aku telah melihat (mengikuti) seratus peperangan dan tidak ada
sejengkal pada badanku kecuali padanya ada tetakan pedang, lontaran anak panah
atau cucukan tombak, dan sekarang ini keadaanku sakit mati atas tilam dengan
perasaanku, aku mati sebagai seorang pengecut.”
Bukti yang paling jelas untuk menolak kebatilan
ini ialah sikap para sahabat Nabi SAW ketika menyertai peperangan. Tidak ada
sahabat yang datang kepada Rasulullah SAW minta agar diajarkan ilmu kebal,
supaya mereka tidak lut ditikam musuh, supaya mereka dapat pulang dengan
selamat. Rata-rata sahabat meminta agarNabi SAW mendoakan agar mereka
dikurniakan mati syahid. Ini menggambarkan keberanian dan kekuatan iman para
sahabat. Dalam masa yang sama, ia memberi maklum kepada kita bahawa orang-orang
yang belajar ilmu kebal ini adalah orang-orang yang penakut dan kurang
keyakinan terhadap janji Allah.
KISAH AL-HARITH
AD-DIMASYQI
Dalam kitab Majmu’
Fatawa,Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mencatatkan sebuah kisah yang
terjadi semasa pemerintahan khalifah ‘Abdul Malik bin Marwan. Ada seorang
lelaki yang bernama al-Harith ad-Dimasyqi yang mengaku dirinya sebagai nabi. Lelaki
ini mempunyai kebolehan luar biasa. Antaranya ialah dia mampu membuka rantai-rantai
besi yang mengikat kakinya, menjadikan batu marmar bertasbih apabila disentuh
tangannya, mendakwa dapat melihat kumpulan manusia berjalan dan menunggang kuda
terbang di udara. Apabila tentera khalifah berjaya menangkap
al-Harith, dia dibawa ke hadapan khalifah untuk dibunuh. Salah seorang tentera
menikamkan tombak ke tubuh al-Harith, namun tombak tersebut tidak berupaya
menembusi tubuhnya. Tentera tersebut berasa hairan dan takut. Melihatkan hal
itu, maka khalifah berkata: “Yang demikian berlaku kerana kamu tidak menyebut
nama Allah SWTketika menikamnya.” Maka tentera itu pun
membaca Bismillahdan menikamnya. Saat itu, tombak itu
berjaya menembusi tubuh al-Harith. Menurut Ibnu Taimiyah, perkara luar biasa
tersebut terjadi dengan bantuan syaitan. Apabila dibacakan ayat-ayat pengusir
seperti ayat kursi, maka syaitan tersebut akan lari meninggalkan pengamalnya.
PEGAJARAN KISAH BUAH KHULDI
Dalam surah Taha ayat 120, Allah menceritakan
bagaimana iblis menipudaya Adam dan Hawa melalui akuan bersumpah bahawa
sekiranya mereka berdua memakan buah khuldi, nescaya mereka akan hidup lama. Firman
Allah SWT:
”Setelah
itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: “Wahai Adam!Mahukah
aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan
kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?” Kemudian mereka
berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat
masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan
dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai
hajatnya).”
Akhirnya, janji tersebut bukan sahaja menyebabkan
Adam dan Hawa tidak dapat keabadian hidup, malah dimalukan dengan didedahkan
bahagian sulit kedua-duanya. Yang lebih malang, Allah SWT murka dan
mengeluarkan mereka berdua dari syurga. Inilah sebenarnya tipu daya syaitan
dalam ilmu-ilmu sebegini. Hal yang sama terjadi kepada Dulisman. Keinginan
untuk awet muda dan hidup lebih lama menyebabkan dia terjatuh ke dalam
perangkap syaitan hingga terpaksa melakukan perkara yang ditegah oleh syara dan
juga undang-undang. Akhirnya, bukan sahaja ditangkap, malah berdepan dengan
hukuman penjara yang berat.
KESAN
BERAMAL ILMU KEBAL
Ilmu
kebal dan tangkal kebal sebenarnya akan memberi kesan yang berlawanan dengan
tujuan ianya diamal atau dipakai. Ini bermakna, seseorang yang beramal dengan
ilmu kebal atau memakai tangkal kebal bukan akan menjadi kebal, tetapi
sebaliknya akan menjadi lemah dan mudah dicederakan. Jika kebal pun, hanya
untuk seketika. Ini adalah berdasarkan satu kisah yang berlaku ketika hayat Nabi
Muhammad SAW. Suatu ketika, Baginda SAW ternampak seorang
lelaki memakai gelang tembaga di lengannya. Lalu Baginda SAW bertanya:
“Apakah ini?” Orang itu menjawab: ”Tangkal untuk mengatasi badan yang
lemah.” Lalu Baginda SAW bersabda: “Buanglah segera, kerana ia hanya
menambah kelemahan pada tubuhmu. Maka sesungguhnya jika engkau mati sedang
engkau masih memakai tangkal itu nescaya engkau tidak akan mendapat kebahagiaan
selama-lamanya”.
Kes kumpulan perompak yang dikenali sebagai Pak
Ee dan Geng Ipol yang ditembak mati pada tahun 2009 adalah antara contoh
terbaik. Kumpulan perompak bersenjata ini beramal dengan ilmu kebal serta memakai tangkal
kebal. Mereka sangat percaya bahawa tangkal kebal yang mereka pakai menjadikan
mereka tidak akan lut peluru. Namun akhirnya, ahli kumpulanini mati juga
ditembak oleh pihak polis.
Risiko beramal dengan ilmu syaitan ini tidak
terhenti setakat itu sahaja. Seseorang yang menuntut ilmu kebatinan seperti
ilmu kebal, ilmu ghaib, ilmu seri muka dan seumpamanya akan berdepan dengan
gangguan makhluk halus. Makhluk halus ini menjadi sahabat dan pendamping kepada
pengamal melalui amalan tertentu seperti bertapa, bacaan mantera atau ayat-ayat
tertentu dalam waktu tertentu, amalan pati geni dan sebagainya.Mungkin semasa hayatnya, tiada apa-apa berlaku. Tetapi, menjelang akhir
hayatnya, terutama ketika sakaratul maut, makhluk halus ini akan datang menagih
balasannya. Lebih malang lagi, makhluk ini akan mengganggu keturunan tuannya pula dalam bentuk
saka selepas pengamal itu meninggal dunia. Itulah rantaian dendam kesumat iblis
kepada Adam dan anak cucunya.
http://kreasimasadepan441.blogspot.com/2017/11/sekolah-cuma-sampai-kelas-1-sd-pria-ini.html
ReplyDeletehttp://kreasimasadepan441.blogspot.com/2017/11/ada-piramida-misterius-di-dasar-laut.html
http://kreasimasadepan441.blogspot.com/2017/11/gunung-agung-meletus-asap-dan-abu.html
http://kreasimasadepan441.blogspot.com/2017/11/kedatangan-seorang-pembantu-montok-yang.html
Tunggu Apa Lagi Guyss..
Let's Join With Us At Dominovip.com ^^
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
- BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
- WHATSAPP : +62813-2938-6562
- LINE : DOMINO1945.COM
- No Hp : +855-8173-4523