BELAJAR
ILMU LADUNI DARI NABI KHIDIR A.S.
Dr.
Mahyuddin bin Ismail
Pensyarah
Kanan di Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan
Universiti
Malaysia Pahang
Baru-baru
ini, penulis dimaklumkan ada hamba Allah di Pahang dan Negeri Sembilan yang mendakwa
selalu dikunjungi oleh Nabi Khidir a.s. dalam pelbagai rupa untuk membantunya melakukan
rawatan. Di Terengganu pula, ada yang mendakwa diajar ilmu laduni oleh Nabi
Khidir dan orang-orang tertentu. Mungkin ini adalah satu kelebihan yang Allah
SWT kurniakan kepada mereka dan ia tidak mustahil boleh terjadi. Namun, dari
satu sudut, kita perlu merujuk kepada Al-Quran dan sunnah untuk menilai sama
ada ianya sesuatu yang benar dari Allah SWT, atau hanya tipu daya jin, syaitan
dan iblis.
Dalam
Al-Quran, terdapat satu kisah pertemuan antara Nabi Musa a.s. dengan Nabi
Khidir a.s. untuk mempelajari ilmu laduni. Rasanya elok jika kisah ini dikupas sebagai
pendedahan dan panduan dalam memahami perkara-perkara aneh dan luarbiasa ini. Kisah
ini diabadikan oleh Allah SWT dalam surah Al-Kahfi bermula ayat 60-82. Menurut
Imam al-Razi dalam tafsirnya, Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah SWT, adakah
terdapat manusia yang lebih alim dari baginda. Lalu Allah SWT berfirman bahawa ada
seorang hamba yang lebih alim iaitu Khidir. Nabi Musa a.s. lalu memohon kepada
Allah SWT untuk bertemu dan belajar dari Khidir. Para ulama berselisih pendapat
tentang siapakah Khidir ini. Ada yang mengatakan beliau adalah wali Allah.
Namun, majoriti berpendapat bahawa beliau adalah salah seorang Nabi.
Perjalanan
Musa yang jauh untuk bertemu Khidir
Kita
mulakan kisah ini dengan meneliti firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi, ayat
60: "Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: 'Aku tidak
akan berhenti (berjalan) sebelum sampai di pertemuan dua buah lautan; atau aku
akan terus berjalan sampai bertahun-tahun."
Ayat
di atas menceritakan beberapa syarat penting untuk bertemu Khidir. Syarat yang
pertama ialah kesungguhan dan kesabaran yang tinggi. Itulah yang dipamerkan
oleh Nabi Musa a.s. Baginda berazam tidak akan berhenti berjalan walaupun terpaksa
mengambil masa bertahun-tahun semata-mata untuk bertemu Khidir. Syarat kedua,
sifat merendah diri dan tawaddu’. Walaupun Musa sudah bergelar Rasul dan
mempunyai murid dan pengikut yang ramai, baginda tetap merendah diri untuk
berguru dengan seorang nabi yang bukan bertaraf rasul. Yang ketiga, masa dan
lokasi pertemuan adalah rahsia dan tiada siapa boleh menentukannya kecuali Allah
SWT. Nabi Musa hanya diperintahkan membawa bekalan dan berjalan terus sehingga sampai
pertemuan antara dua laut yang baginda sendiri tidak tahu di mana dan bila. Ketiga-tiga
syarat di atas jelas menunjukkan bahawa untuk bertemu dengan Nabi Khidir bukan semudah
yang disangka. Hatta Nabi Musa yang bergelar ulul azmi pun terpaksa
menempuh perjalanan yang jauh dan sukar sebelum diizinkan Allah SWT bertemu
dengan Nabi Khidir. Oleh itu, sekiranya ada yang mendakwa selalu dikunjungi
Nabi Khidir, maka perhatikanlah tahap kesungguhan dan keazaman yang ada pada
orang itu. Jika ternyata dia seorang yang tiada kesungguhan dan tiada sifat
mujahadah dalam melawan hawa nafsu, maka dakwaan tersebut perlu dinilai semula.
Titik
Pertemuan Musa dan Khidir suatu yang rahsia
Kita
sambung kisah seterusnya dengan meneliti firman Allah SWT dalam ayat 61-65: "Maka
ketika mereka berdua sampai di pertemuan dua buah laut itu, maka mereka berdua
terlupa akan hal ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut
itu. Tatkala mereka berjalan melampaui tempat itu, berkatalah Musa kepada
muridnya: 'Bawalah ke mari makanan tengahari kita; sesungguhnya kita merasa
letih kerana perjalanan kita ini.' Muridnya menjawab: 'Tahukah kamu tatkala
kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa
(menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk
menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan
cara yang aneh sekali.' Musa berkata: 'Itulah (tempat) yang kita cari; lalu
keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan
seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya
rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi
Kami. "
Ayat
di atas mengisahkan dugaan-dugaan dihadapi oleh Nabi Musa dalam perjalanannya
untuk bertemu Khidir. Yang pertama ialah keletihan yang dialaminya setelah
menempuh perjalanan yang amat jauh. Ketika tertidur akibat kepenatan, berlaku
satu peristiwa aneh. Ikan yang dibawa mereka sebagai bekalan tiba-tiba hidup
dan melompat berenang ke laut. Peristiwa ini disaksikan oleh muridnya Yusya’
bin Nun. Malangnya, syaitan telah menjadikan beliau lupa untuk menceritakan hal
tersebut kepada Nabi Musa. Lalu mereka meneruskan perjalanan yang jauh sehingga
Nabi Musa sekali lagi keletihan. Kejadian ini menunjukkan bahawa pertemuan
dengan Nabi Khidir bukan sahaja akan diuji dengan kesusahan dan kepayahan,
malah syaitan akan turut datang untuk mengagalkannya. Oleh itu, sekiranya seseorang
mendakwa sering bertemu dengan Nabi Khidir tanpa melalui sebarang ujian dan
dugaan, maka kita perlu bertanya adakah yang datang itu benar-benar Nabi Khidir
atau syaitan yang cuba memesongkan kita? Sama-sama kita fikirkan.
Syarat
untuk belajar dari Khidir
Kisah
ini diteruskan dengan firman Allah SWT dalam ayat 66-70:"Musa berkata
kepada hamba Allah itu: “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan
kepada ku ilmu dari apa yang telah Allah ajarkan pada kamu?” Jawab hamba
Allah itu:" Sesungguhnya kamu Musa sekali-kali tidak sanggup sabar
bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat bersabar atas sesuatu yang kamu belum
mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu." Musa pun
menjawab," Insya Allah kamu akan mendapati aku seorang yang sabar dan
tidak akan menentang kamu dalam sesuatu urusan pun." Hamba Allah itu
berkata:"Jika kamu mengikutiku maka janganlah kamu menanyakan kepadaku
tentang sesuatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu."
Dari
ayat di atas, terdapat perbezaan antara permintaan Musa yang penuh dengan
kesopanan dengan jawapan Khidir yang tegas menyatakan bahawa Musa tidak akan mampu
bersabar dengannya. Dialog ini membuka satu rahsia besar yang menjadi syarat
utama untuk seseorang dikurniakan ilmu laduni iaitu sifat kesabaran yang tinggi
dan sifat redha dengan apa yang terjadi. Sejak awal lagi, Khidir telah mengingatkan
Musa akan hal ini. Jika Nabi Musa yang dikurniakan ilmu dari kitab Taurat dan
mukjizat yang hebat pun tidak mampu bersabar, inikan pula kita manusia biasa
yang sangat cetek ilmu. Jika Nabi Musa yang dikurniakan kelebihan dapat
berdialog secara terus dengan Allah SWT pun dikenakan syarat supaya jangan
bertanya, bagaimana pula dengan kita yang sering mempersoalkan ketentuan dan
takdir Allah SWT. Oleh itu, sekiranya seseorang mendakwa mempelajari ilmu
laduni tanpa dilengkapi sabar dan redha, maka kita perlu menyiasat adakah yang
mengajar itu benar-benar Nabi Khidir.
Ujian
pertama: Khidir merosakkan kapal
Dilanjutkan
kisah ini dengan firman Allah SWT dalam ayat 71-73:"Maka berjalanlah keduanya,
hingga tatkala keduanya menaiki bahtera lalu Khidir melubanginya. Musa berkata:
“Mengapa kamu melubangi bahtera itu yang akibatnya kamu menenggelamkan
penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.'
Dia (Khidir) berkata: 'Bukankah aku telah berkata: 'Sesungguhnya kamu
sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku.' Musa berkata: 'Janganlah kamu
menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu
kesulitan dalam urusanku.'
Ayat
ini membuktikan kebenaran peringatan awal yang diberikan oleh Khidir kepada
Musa. Tindakan aneh Khidir memecahkan dinding bahtera milik nelayan yang ditumpangi
secara percuma itu menimbulkan persoalan di hati Musa. Sebab itulah Musa telah
diberi peringatan agar berdiam diri dan merahsiakan sahaja apa yang terlintas
di hati. Kisah ini sebenarnya memberi pengajaran bahawa seseorang yang
dikurniakan ilmu laduni perlu bersabar dan menahan diri dari mempersoalkan
apatah lagi bercerita tentang keajaiban dan keanehan ilmu kepada sesiapa. Oleh
itu, sekiranya kita mendakwa memperolehi ilmu laduni dan asyik menceritakannya
kepada orang, maka kita perlu bertanya adakah benar itu ilmu laduni? Sama-sama
kita fikirkan.
Ujian
kedua: Khidir membunuh kanak-kanak
Kisah
tersebut disambung Allah SWT melalui firmanNya dalam ayat 74-76: “Maka
berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak,
maka Khidir membunuhnya. Musa berkata: 'Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih
itu, bukan kerana dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan
suatu yang mungkar.' Khidir berkata: 'Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahawa
sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersamaku?' Musa berkata: 'Jika aku bertanya
kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah engkau
memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur
kepadaku.'
Jika
tadi Musa diuji oleh Khidir dengan kerosakan pada harta, sekarang Musa diuji
pula dengan pembunuhan yang dilakukannya ke atas seorang kanak-kanak. Sebagai
seorang Nabi yang memahami syariat, Musa dengan lantang bertanya Khidir tentang
perkara itu. Lantas Khidir kembali mengingatkan Musa bahawa dia tidak akan
mampu bersabar bersamanya. Begitulah ujian demi ujian yang harus dilalui oleh
seseorang yang ingin mendapatkan ilmu dan hikmah dari Nabi Khidir. Sabar dan redha
sebenarnya adalah kunci kepada ilmu laduni. Justeru, seharusnya kita fikirkan
adakah tahap kesabaran kita mencapai tahap kesabaran Nabi Musa yang tergolong
dalam salah seorang Rasul yang mempunyai keazaman yang teguh (ulul Azmi)?
Ujian
Ketiga: Khidir membaiki tembok
Allah
SWT seterusnya berfirman dalam ayat 77-78:Maka keduanya berjalan; hingga
tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu
kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu
mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang
hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata: 'Jikalau kamu
mau, nescaya kamu mengambil upah untuk itu.' Khidir berkata: 'Inilah perpisahan
antara aku dengan kamu. Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan
perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.
Dalam
kejadian terakhir ini, kedua-duanya tiba di sebuah desa dalam keadaan tersangat
letih, haus dan lapar. Mereka berdua meminta makanan daripada penduduk desa
itu, tetapi penduduk desa enggan menjamu mereka. Dalam keadaan itu, Khidir berusaha
membina semula dinding sebuah rumah yang hampir roboh di desa itu. Perbuatannya
membuatkan Musa kehairanan lalu bertanya mengapa tidak diambil upah atas kerjanya
itu. Peristiwa ini menunjukkan bahawa seorang yang ingin berguru atau
bersahabat dengan Khidir mestilah mempunyai sifat ikhlas yang tinggi. Dia
seharusnya tidak menjadikan sikap buruk seseorang sebagai penghalang untuk dia
berbakti kepada orang lain. Apa yang diharapkannya hanyalah keredhaan Allah SWT,
bukannya habuan dunia. Ada ulama mengatakan bahawa pertanyaan Musa kepada
Khidir tentang kejadian pertama (merosakkan bahtera) dan kejadian kedua
(membunuh kanak-kanak) masih boleh dimaafkan oleh Khidir kerana Musa berbuat
demikian demi kebaikan umat dan berlandaskan hukum syariat. Namun, apabila Musa
mempersoalkan bayaran upah atas kerja yang dilakukan, pertanyaan tersebut mempunyai
unsur keduniaan dan kepentingan diri. Pertanyaan itulah yang menjadi titik
pemisah antara mereka berdua. Oleh itu, bagi seseorang yang benar-benar belajar
ilmu laduni dari Nabi Khidir, sudah pasti dia dapat memahami dan mengerti akan makna
sebenar ikhlas dan ihsan.
Rahsia
Kenapa Khidir Merosakkan Bahtera
Bagi
menghuraikan rahsia perbuatan Nabi Khidir, Allah SWT berfirman dalam ayat 78-79:
“Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di
laut, dan aku sengaja merosakkan bahtera itu, kerana di hadapan mereka ada
seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.”
Perbuatan
Khidir merosakkan bahtera nelayan merupakan salah satu cabang ilmu laduni yang
berupa kasyaf. Dengan kurniaan tersebut, Khidir dapat melihat apa yang sedang
berlaku di pelabuhan yang jauh dari lokasi mereka berada. Khidir melihat setiap
bahtera yang sampai di pelabuhan tersebut diperiksa oleh raja. Bahtera-bahtera
yang berkeadaan elok akan dirampas, manakala bahtera yang rosak dan berlubang
akan dibiarkan. Oleh sebab itu, Khidir sengaja melubangi bahtera itu agar raja tidak
akan merampasnya. Dikalangan ahli sufi, kasyaf ini dikenali sebagai Toyyu
al-Makan iaitu hijab pandangan zahir dilipat atau diangkat sehingga
seseorang mampu melihat apa yang sedang berlaku di satu tempat yang jauh dari
tempat ia berada. Saidina Umar r.a. pernah dikurniakan kasyaf ini sehingga
beliau dapat melihat tentera Islam yang berada kira-kira 500 km dari Madinah
dalam keadaan bahaya. Bagaimanapun, kasyaf sebegini hanya terjadi sekali sekala
dan tidak boleh diprogramkan. Oleh kerana itu, pada malam Saidina Umar dibunuh,
beliau tidak nampak musuh yang hendak menikamnya walaupun musuh itu berada di belakang
beliau. Sekiranya seseorang dikurniakan kasyaf sebegini, ia perlu disembunyikan
dan tidak boleh dihebahkan. Itulah yang ditunjukkan oleh Khidir a.s. Baginda
tidak menceritakan apa yang dilihatnya kepada Musa sehingga menyebabkan Musa
tidak dapat bersabar atas tindakannya itu. Oleh itu, sekiranya seseorang itu mendakwa
dikurniakan kasyaf dan ianya dihebah-hebahkan kepada orang lain, itu menandakan
kasyaf tersebut bukan ilmu laduni, tetapi adalah kasyaf dari jin dan syaitan.
Rahsia
Kenapa Khidir Membunuh budak
Allah
SWT mengungkapkan rahsia seterusnya dalam dalam ayat 80-81: “Dan adapun anak
itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khuatir bahawa
dia akan mendorong orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami
menghendaki supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak yang lebih
baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam dari kasih sayangnya (kepada
ibu dan bapaknya).”
Dalam
kejadian ini, Nabi Khidir dikurniakan kasyaf sehingga dapat melihat apa yang
akan berlaku di masa lepas dan masa hadapan. Ini dikenali sebagai Toyyu al-Zaman
iaitu hijab pandangan zahir dilipat atau diangkat sehingga boleh melihat merentasi
masa. Menurut Imam al-Khazin dalam kitabnya Lubab al-Ta’wil fi Ma’ani Al-Tanzil,
budak yang dibunuh Nabi Khidir As bernama Haisur. Ibu dan bapanya adalah orang
yang soleh. Dengan izin Allah SWT, Khidir dapat melihat apa yang telah
dilakukan oleh budak ini pada masa lepas dan akan datang. Budak ini selalu mencuri
dan apabila dewasa, dia akan menjadi kafir dan memaksa kedua orang tuanya
kepada kekufuran. Peristiwa ini menunjukkan bahawa Khidir a.s. adalah seorang
yang sangat berhati-hati dalam soal iman dan akidah. Baginda tidak akan
membiarkan seseorang memaksa seorang yang lain melakukan kekufuran. Oleh itu,
sekiranya seorang yang mendakwa dirinya dikurniakan ilmu laduni dengan tujuan
untuk bermegah dan menunjukkan kehebatan diri, sudah pasti orang itu akan dihukum
oleh Nabi Khidir lantaran perbuatan bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk itu
adalah sebahagian dari perbuatan kufur.
Rahsia
Kenapa Khidir Membina Semula Tembok
Berkenaan
rahsia tembok, Allah SWT berfirman dalam ayat 82: “Adapun dinding rumah itu
adalah kepunyaan anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda
simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya seseorang yang soleh, maka Tuhanmu
menghendaki supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan
simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu
menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang
kamu tidak dapat sabar terhadapnya.”
Apa
yang diungkapkan Khidir menunjukkan bahawa pengetahuan baginda tentang sesuatu
yang ghaib adalah kurniaan secara langsung dari Allah SWT. Ini adalah bukti bahawa
ilmu laduni tidak boleh dipelajari atau diwarisi. Ianya dikurniakan terus dari Allah
SWT untuk hamba-hambaNya yang mempunyai sifat ikhlas hati dan kesabaran yang
tinggi. Sesiapa yang mendakwa dapat mempelajari ilmu laduni dari seseorang,
sesungguhnya dakwaan tersebut adalah batil.
Demikianlah
pelajaran dan pengajaran yang didapati dari kisah pengembaraan Nabi Musa dan Nabi
Khidir. Walaupun kelihatan seolah-olah Musa gagal memperolehi ilmu laduni,
sebenarnya tidak begitu. Hasil ujian yang dilalui Musa ketika bersama Khidir, baginda
dikurniakan kasyaf yang istimewa iaitu dibukakan hijab pandangan batin
sehingga dapat melihat kekurangan diri sendiri seperti rasa besar diri, gopoh, kurang
mujahadah, kurang syukur, kurang keyakinan kepada Allah SWT dan pentingkan
diri. Hasilnya, Allah SWT kurniakan ilmu laduni yang lebih istimewa secara terus
ke dalam hati baginda iaitu sifat tawaddu’, sabar, mujahadah, ikhlas, syukur,
tawakal, redha dan mahabbah. Sifat-sifat tersebut lebih penting kerana ia akan
mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Ianya lebih bernilai berbanding
mendapat ilmu kasyaf suwari (iaitu kebolehan melihat gambaran sesuatu yang
telah atau akan berlaku) yang hanya bersifat duniawi. Inilah yang dianjurkan
dalam Islam agar kita dapat mengenal kekurangan diri dan memperbaikinya agar
menjadi hamba Allah yang benar-benar bertaqwa.
Berdasarkan
kisah ini, para ulama tasauf mengatakan sekiranya seseorang ingin memperbaiki
hati yang rosak dan dipenuhi sifat mazmumah, maka dia perlu mencari seorang
guru mursyid yang memahami syariat dan hakikat. Mudah-mudahan guru tersebut dapat
membantu kita mengenalpasti kekurangan diri dan membimbing proses
pembersihannya (tazkiyyah an-Nafs). Apabila hati telah bersih, maka
mudahlah cahaya ilmu Allah untuk menyuluh masuk. Apabila cahaya ini sudah
menerangi hati, maka ia akan menyuburkan sifat-sifat mahmudah sebagaimana yang dikurniakan
kepada Nabi Musa a.s. Itulah sebahagian cahaya dari pelbagai cahaya ilmu laduni
milik Allah SWT yang sebenar.
Saya selalu berfikir tentang ini. Jika saya tidak faham akan sesuatu....adalah lebih baik saya diam dari berbicara. Sangat sukar untuk tidak berkongsi kebaikan kepada orang ramai tetapi perkara itu hanyalah difahami oleh saya sendiri sahaja.
ReplyDeletecari lh guru mursyid..istikarah lh utk dipertemukn dgn guru yg benar2 mursyid.yg boleh mendidik zahir dan batin.
Deletesaya ada kenal seorang guru murshid dan beliau seorang muallaf. Sudah 3tahun saya belajar dengan beliau. Kalau ada yang nak tahu tentang beliau boleh hubungi saya 013720485
DeleteAssalamualaikum.. Nk tya cmne nk bljar ilmu ni..
Deletecikgu closing..no.phone xcukup tu..macam mn nk hubungi?
DeleteDia sengaja bg no tak cukup tu...supaya korang bermujahadahskit cari last number atau mula..hahahaha nak ilmu kena susah payah skit
DeleteBetulkah guru mursyid itu di luar diri sendiri..
Deleteapa yang berlaku adalah ketentuan.jangan menyesali apa yang telah belaku adalah kita hamba yang sebanar hamba..
ReplyDeletesekadar renungan
Salam Dr..sbg info..sblmnya sy prnah lalui pgalaman yg amat menyeksakn zahir & batin dimn sy merasakn dri slalu diperhatikn dSalam isamping gangguan dr suara bisikn2 yg pd awlnya menyeru kearah kjahatan/kmaksiatan..mbuatkn sy jd xkruan..merasakn diri seolah2 dpukau & bkelakuan spt org hlg akal..stiap mlm tidurnya btemankn kbasahan air mata dipipi.dringkaskn..pd thp plg kronik sy didtgi bisikn yg mmperkenalkn drinya sbg wali songo ke-6 & dia memperihalkn ttg salasilah wali songo 1-9 scara kiasan..pd masa itu sy msh anggapnya sbg salah 1 gangguan yg dtg..krn sjujurnya sy xprnah mdengar nama wali songo apatah lg mengetahui sjarah mengenainya.. ALLAH MAHA BESAR..kmudiannya dgn xsengaja sy disaksikn scara nyata ttg informasi & bukti2 akn kwujudan & sejarah Wali Songo. ksedaran mulai hdir akn kbenarannya. Kead ini bterusan & dgn izin-NYA berkat bimbingan & panduan yg diberikan akhirnya sy bjaya keluar dr zon gangguan tsbut. Smasa proses pemulihan sy amat bersyukur kehadrat ALLAH krn sdikit sebnyak sempat jg sy mrasai & menyaksikan keagungan, kbesaran, ciptaan..ALLAH. smada scara nyata & ghaib. antaranya swaktu mbaca al-fatihah sy jugak mdengar suara rmai lelaki & perempuan trut mengaji bsama2 sy seolah brada didlm sbuah surau..dismping scara nyata blakunya hujan,ribut,guruh & petir yg amat mnakutkn(xpnah alami sblmnya) mbuatkn kead petang yg cerah tiba2 mjd amt gelap skali (trjd stelah tcetus dr mulut sy mmohon agar turunnya ribut petir dsaat jiwa amat sedih,ttekan & tiada daya lg akibat asakan gangguan yg dtg)..strusnya kead kmbali tenang. Bisikan tsebut jg memberitahu & menunjukkan bbrapa tanda kebesaran ALLAH s.w.t yg ada pd kdua2 belah telapak tangan sy(tanpa disedari air mata tiba2 bercucuran di pipi mengenangkan betapa tingginya nilai KASIH & SAYANG ALLAH YG MAHA BESAR terhadap diri yg kotor lg hina ini. Disamping itu bisikan tsbut turut menyatakan ttg salasilah kturunan keluarga sy yg ada kaitan dgn Tok Kenali, selama hampir 2 tahun sy pendamkn hal ini tanpa berani menceritakan @ bertanyakannya pd org lain...malah ada ant. kawan2 yg pernah bertanyakan akan hal ini ttp sy tetap mbisu(bkn maksud sy utk menafikannya). Syukur Allhamdulillah..ALLAH MAHA MENGETAHUI..setelah pulang ke kg d kota bharu bberapa bulan lalu untuk terus tinggal bersama ibu yg sdh tua..tiba-tiba tanpa ditanya ibu sy memceritakan bahawa arwah bapa sy mmg ada pertalian darah dengan Tok Kenali. Sekembali ke kg sy jg begitu teringin mendapatkn & memelihara seekor ikan yg mempunyai kalimah ALLAH di badannya...syukur akhirnya dimakbulkan-NYA jua.
ReplyDeleteTp sehingga kehari ini sy merasakan diri ini begitu jahil & kotor sekali di sisiNYA sementelah dgn kekurangan ilmu agama yg teramat sgt dlm diri ini & dengan dosa2 yg telah dilakukan....hingga disaat ini sy sendiri blm pasti kearah mn langkah sy sterusnya..yg terbaik buat diri ini dlm mcri keredhaaNYA ....Ya ALLAH aku mohon jln petunjuk driMU ya ALLAH..sesungguhnya aku tidak mahu tersasar dr paksiMU ya ALLAH.....Tunjukilah,,Bimbingilh hambamu yg lemah lg hina ini dlm mencari jalan keredhaan-Mu Ya ALLAH..AMIN...
saudara Nakhrie Nawi , aku adalah seperti mu. allah swt muhammad saw tarikat ku. teruskan beramal seperti allah swt dan nabi muhammad saw ajarkan. saya faham apa itu ilmu yang tuan maksudkan. Demi Allah , ilmu mu adalah seperti ku yang tiada bandingannya. orang seperti saudara adalah hati lebih mencintai akhirat abadi berbanding kehidupan duniawi. apa yang berlaku kepada dirimu adalah sama seperti ku, banyakan amalan tadarus alquran, solat sunat tahjud , tasbih dan solat sunat lain dan berpuasa sunat jika ada masa kelapangan. insyallah ada masa boleh saudara berwhatsapp dengan saya untuk berkongsi ilmu +60132837967, insyallah
Deleteassalam saudaraku matthias,,,t.ksh atas sgala nasihat n saranan yg sdara berikan itu...Insyaallah n Alhamdulillah..smoga sdaura d berkatiNYA..Aamiin
DeleteSubhanallah...Alhamdulillah...Allahu Akbar.
ReplyDeleteSubbhanallah...Alhamdulillah...Allahu Akbar...
ReplyDeleteSEDIKIT TENTANG KISAH NABI KHIDIR....TUHAN TELAH TAKDIR KEATASNYA DENGAN AGAMA WARISAN KELUARGA YANG SALAH SEJAK DARI LAHIR SEHINGGA DEWASA DAN TIDAK DI AJARKAN SEDIKIT PUN ILMU KENABIAN SEPERTI NABI NABI LAIN YANG DI AJAR SEJAK KECIL LAGI..BEGITULAH NABI KHIDIR KEHIDUPANNYA SEPERTI MANUSIA BIASA DAN BAGINYA DIA TIDAK TAHU SEDIKITPUN BAHAWA DIRINYA SEORANG NABI KERANA SALAH SATU RAHSIA YANG DIA SENDIRI BONGKARKAN ATAU TEKA TEKI BAGINYA..DAN PADA WAKTU KETIKA IAITU APABILA TELAH MENINGKAT AWAL DEWASA TELAH BERLAKU "PERANG" DALAM DIRINYA SENDIRI TENTANG WARISAN AGAMA TAKDIRNYA DAN TELAH MENYEBABKAN DIA MENYENDIRI SELAMA BEBERAPA TAHUN KERANA "PERANG" TERSEBUT..BEGITULAH NABI KHIDIR YANG HANYA BELAJAR SENDIRIAN TENTANG KEUGAMAAN YANG MENGGUNAKAN OTAK SERTA AKAL TANPA BERTANYA KEPADA SESIAPA PUN..DAN SETELAH DIRINYA FAHAM DAN DAPAT BERFIKIR DENGAN WARAS DAN LOGIK TENTANG KEPERCAYAAN AGAMA MAKA PADA WAKTU ITULAH DIA DI BERI SEDIKIT DEMI SEDIKIT TENTANG ILMU AGAMA BENAR SEORANG DIRI ATAU BERMAKSUD ILMU TERUS DARI SISI ALLAH YANG HANYA DI BERIKAN KEPADA KHIDIR ATAU SPIRITUAL..KENAPA TUHAN TAKDIRKAN DENGAN AGAMA SALAH PADA NABI KHIDIR?..SESUNGGUHNYA NABI KHIDIR ADALAH AKAN DI JADIKAN SEBAGAI BUKTI KETIKA HARI ADILAN KELAK..KENAPA..? BAHAWA SESUNGGUHNYA RAMAI MANUSIA YANG BERDOSA DI BUKA BUMI INI KERANA KESALAHAN KEPERCAYAAN AGAMA DAN AKAN ADA DIANTARA MEREKA AKAN BERALASAN TENTANG AGAMA WARISAN TURUN TEMURUN UMPAMA MENYALAHKAN WARISAN KELUARGA DI ATAS KESILAPAN DIRI SENDIRI DAN BAGI TUHAN ADALAH NABI KHIDIRLAH SEBAGAI BUKTI UNTUK MENJAWAB PERSOALAN DAN ITULAH BERMAKSUD TUHAN ADIL AKAN JAWAB SETIAP PERSOALAN OLEH MAKHLUK..SEKIAN SALAM
ReplyDeleteSaudara, kisah nabi khidir as dan nabi musa as adalah setakat mana yg al quran dan hadith sahih ceritakan.adapun kisah selain itu drp israiliat atau kitab tasawuf yg melampau tiada asas utk diambil kepercayaan nya..cerita israiliat apa yg saudara cuba bawakan ini??..cukup kita berpada pd kisah di dlm al quran dan hadith yg sahih.tidak perlu ditokok tambah kisah yg tiada sumber sahihnya!membuang masa.adalah lebih baik diperbaiki akidah..syariat dan tassawuf drp bercakap kisah tokok tambah merepek ini.
DeleteSaudara, kisah nabi khidir as dan nabi musa as adalah setakat mana yg al quran dan hadith sahih ceritakan.adapun kisah selain itu drp israiliat atau kitab tasawuf yg melampau tiada asas utk diambil kepercayaan nya..cerita israiliat apa yg saudara cuba bawakan ini??..cukup kita berpada pd kisah di dlm al quran dan hadith yg sahih.tidak perlu ditokok tambah kisah yg tiada sumber sahihnya!membuang masa.adalah lebih baik diperbaiki akidah..syariat dan tassawuf drp bercakap kisah tokok tambah merepek ini.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteUNTUK FAHAMI APAKAH ILMU LADUNI DAN KENAPA DI BERIKAN KEPADA NABI KHIDIR?..TAHUKAH ANDA SEJAK ZAMAN PERTAMA NABI ADAM ATAU NABI SZAR ADAMA SEHINGGA KINI RAMAI MANUSIA YANG BERDOSA DAN BERSALAH KERANA KESILAPAN BERAGAMA..TUHAN YANG ADIL ADALAH TUHAN YANG MENJAWAB SETIAP PERSOALAN MAKHLUK MANUSIA TERUTAMA KETIKA HARI PENGADILAN KELAK..JIKA ANDA SALAH SEORANG MANUSIA YANG BERDOSA KERANA KESILAPAN AGAMA IKUTAN ANDA,APAKAH ANDA AKAN JAWAB KETIKA DI SOALKAN PADA DIRI ANDA PADA HARI TERSEBUT?SAYA YAKIN SERTA PERCAYA ANDA AKAN MENYALAHKAN WARISAN KELUARGA ANDA YANG MENGIKUTI AGAMA SALAH..BEGITULAH FAKTA BENAR KEBANYAKAN MANUSIA YANG BERDOSA ADALAH MANUSIA YANG TERSALAH AJARAN AGAMA..PERKARA INILAH SEBAGAI TOPIK UTAMA TENTANG KISAH NABI KHIDIR YANG BENAR..TUHAN TELAH MENTAKDIRKAN NABI KHIDIR DENGAN AGAMA SALAH SEUMPAMA MENGIKUTI AGAMA WARISAN KELUARGA TURUN TEMURUN DAN JUGA MERAHSIAKAN DIRINYA ADALAH SEORANG NABI..KENAPA TUHAN BERBUAT DEMIKIAN?..INILAH SOALAN KENAPA NABI KHIDIR DI BERI ILMU LADUNI SECARA SPIRITUAL YANG TIDAK SAMA DENGAN NABI LAIN..ILMU LADUNI ADALAH DI BERIKAN SECARA GHAIB IAITU TIDAK ADA PERANTARA YANG MENGAJAR DI ALAM KENYATAAN DAN TIDAK PERLU ADA ALAT TULIS TETAPI HANYALAH MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN..SEKIAN SALAM..
ReplyDeleteHampir Sama cerita nya .di Al Qur'an tafsir.ibnu Katsir.
ReplyDeleteDari seorang ahli ilmu berkata KERAJAAN TABUT TERBONGKIH akan keluar tabut perjanjian nabi musa dari muka bumi yang mengajar ilmu dari Allah swt.
ReplyDeleteAssalamualaikum saudara Satardin singah.... mungkin sudah tiba masa nya akan terbongkar Tabut Sakinah semoga generasi sekarang tidak alpha
ReplyDeleteAssalamualaikum yg mulia saudara2ku. DiTahfiz Desa Murni Kuala Ketil Kedah Malaysia ada seorang Kiyai Sheikh Yusof Saad adalah dari golongan Wali Allah dan jika ingin ajukan sebarang soalan insyallah terjawab oleh beliau dari Kisah terciptanya Nabi Adam a.s. hinggalah keQiamat.
ReplyDeleteAssalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..
ReplyDeleteSaya mencari perawat disekitar, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan dari ilmu guna-guna, beratus benda halus di hantar kepada saya..
email saya: tubuhsatu@gmail.com