Selamat Datang

::SELAMAT DATANG KE BLOG TINTA ILMU. SEKADAR MEMUATKAN ARTIKEL-ARTIKEL YANG SAYA TULIS UNTUK DIKONGSI BERSAMA. SAYA MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN, CADANGAN, ULASAN BAGI TUJUAN PENAMBAHBAIKAN DAN PENCERAHAN::

Wednesday, May 14, 2014

KAEDAH MENCARI BARANG HILANG MENURUT ISLAM




KAEDAH MENCARI BARANG HILANG MENURUT ISLAM
Oleh Tuan Guru Dr Hj. Jahid bin Hj. Sidek
 

PENDAHULUAN
Salah satu faktor yang menyebabkan seseorang dilanda tekanan (stress) ialah apabila sesuatu barang miliknya yang berharga dan disayangi hilang. Kehilangan itu makin dirasai terutamanya sesudah semua masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit dibelanjakan dalam usaha untuk mencarinya. Semakin berharga milikannya yang hilang itu, maka semakin serius tekanan dialami. Contohnya, kehilangan anak tunggal kesayangan boleh menimbulkan kesan negative kepada seseorang. Dalam sejarah, Nabi Yakub a.s. menjadi buta matanya kerana kehilangan putera kesayangannya, nabi Yusuf a.s.

Apabila menghadapi masalah kehilangan sesuatu milik kesayangannya, masyarakat kita cenderung untuk mengambil jalan pintas, tanpa memikirkan soal halal atau haramnya. Tumpuan utama mereka ialah tukang tilik, pak nujum, pawang, bomoh yang dianggap mengetahui perkara yang ghaib dan boleh membantu mereka untuk menemui barang mereka yang hilang itu. Ada juga yang tergamak meminta pertolongan tukang tilik  bukan Islam seperti bomoh orang asli, tok cha Siam dan sebagainya. Apa yang penting, barang mereka yang hilang mesti ditemui dengan segera. Mereka melupakan wasiat Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang menemui ‘arraf (tukang tilik) atau munajjim (tukang ramal dengan menggunakan peredaran bintang) atau kahin (pawang dan bomoh), sesungguhnya dia telah kufur terhadap kebenaran yang dibawa oleh Muhammad s.a.w.” Setengah ulamak menegaskan maksud kufur dalam hadis ini, bukan kufur yang menjadikan seseorang terkeluar dari Islam, tetapi ia bermakna berdosa besar atau fasiq. Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa solatnya (termasuk ibadatnya yang lain) tidak diterima oleh Allah selama empat puluh hari empat puluh malam.

TUKANG TILIK DAN AHLI NUJUM ADALAH PEMBOHONG
Dalam satu riwayat, seorang sahabat (yang berasa kagum terhadap kebenaran seorang munajjim yang ditemuinya) bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang keharusan beliau menemui dan mempercayai kata-kata munajjim itu. Baginda s.a.w. menegaskan bahawa ianya tidak harus. Sahabat tersebut menyatakan bahawa semua kata-kata munajjim itu benar belaka. Rasulullah s.a.w. segera bersabda: “Munajjim itu pembohong, walaupun cakapnya benar”.

Persoalan timbul mengapa Rasulullah s.a.w. mengatakan tukang tilik dan ahli nujum sebagai pembohong? Sebabnya adalah kerana kebenaran yang disampaikan hanya satu sahaja (sebagai umpan) sedangkan pembohongannya seribu. Oleh sebab itu, munajjim yang suka berbohong dan menipu ini dimasukkan ke dalam neraka. Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 128 yang bermaksud: “…nerakalah tempat kamu semua ( wahai manusia dan syaitan yang bersekongkol dalam berbuat kejahatan ketika di dunia). Mereka kekal selama-lamanya dalam neraka…”. Pembohongan dan penipuan tersebut sangat ketara kerana Allah telah menegaskan bahawa tidak ada makhluk yang tahu tentang sesuatu yang ghaib. Firman Allah dalam surah al-Naml ayat 65 yang bermaksud: “Katakanlah (ya Muhammad) apa juga makhluk yang di langit dan di bumi tidak mengetahui yang ghaib, kecuali Allah”. Malah, ada sesetengah sahabat yang beranggapan bahawa Rasulullah s.a.w. tahu perkara yang ghaib, lalu Baginda menafikannya. Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 188 yang bermaksud: “…jika aku mengetahui perkara yang ghaib, nescaya aku boleh buat banyak kebaikan dan tidak ada keburukan menimpa aku..”

TUKANG TILIK DAN AHLI NUJUM KEHILANGAN TARING
Di zaman pemerintahan Firaun, ramalan yang dilakukan oleh ‘arraf, munajjim dan kahin semuanya benar-benar terjadi. Misalnya, ramalan mereka mengenai kelahiran nabi Musa a.s dan kehancuran kekuasaan pengaruh Firaun di tangan baginda. Mengapa ramalan mereka begitu canggih dan mengkagumkan? Faktor utamanya ialah kerana Allah masih memberi peluang kepada syaitan untuk naik sampai langit yang ketujuh lalu mereka mendengar perbualan para malaikat mengenai apa yang akan berlaku di bumi. Syaitan ini lalu memberitahu hal tersebut kepada  tukang tilik dan ahli nujum. Selepas kelahiran nabi ‘Isa a.s., sebahagian pintu langit telah ditutup dan syaitan hanya mampu sampai ke langit yang ketiga sahaja. Apabila Rasulullah s.a.w dilahirkan, semua langit ditutup. Syaitan hanya mampu menghampiri langit pertama sahaja. Itupun mereka akan dipanah oleh tahi-tahi bintang. Firman Allah dalam surah as-Sofat ayat 5-10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami hiasi langit yang dunia terendah dengan hiasan bintang-bintang sebagai menjaga dari syaitan marid. Mereka tidak dapat mendengar perbualan malaikat di langit yang tertinggi melainkan mereka dilempar dari segenap penjuru. Kecuali syaitan yang cuba mencuri-curi pendengaran, maka mereka akan dikejar oleh tahi bintang”. Disebabkan oleh faktor penutupan semua pintu langit ini, maka tukang tilik dan ahli nujum telah kehilangan taring. Kemampuan ramalan mereka menjadi terbatas dan terlalu lemah kerana syaitan hanya mendapat sumber maklumat dari perbualan malaikat di bumi sahaja.

SYAITAN DAN JIN MENYOROKKAN BARANG
Islam tidak menolak kebolehan syaitan atau jin yang mampu menyorokkan sesuatu barang termasuk batang tubuh manusia hingga tidak mudah bagi manusia biasa melihat dan menemuinya semula. Ini adalah kerana sifat kemurahan Allah yang bersifat ar-Rahman yang berkuasa mengabulkan permintaan syaitan dan jin yang jahat sekalipun. Misalnya permintaan syaitan untuk masuk ke dalam tubuh badan nabi Ayub a.s. telah dikabulkan oleh Allah hingga baginda a.s. menderita sakit selama 18 tahun. Ada ketikanya bukan barang yang disorokkan, tetapi kedua-dua mata manusia yang mencari barang tersebut yang ditutupkan oleh jin dan syaitan sehingga tidak dapat melihat jalan, rumah, sekolah, kapalterbang dan lain-lain objek yang besar yang berada di hadapannya. Seorang yang sesat di hutan, ditemui berdiri di lorong yang biasa di laluinya. Beliau tidak nampak lorong tersebut kerana kedua matanya telah ditutupi oleh syaitan.

ISLAM MENOLAK  PERANGKAP SYAITAN
Syaitan yang telah berjaya meyakinkan ‘arraf, munajjim dan kahin dengan maklumat yang benar akan mudah memerangkap mereka dan masyarakat umum melalui cerita-cerita karut dan khurafat. Syaitan ini akan menetapkan pelbagai syarat dan kaedah pelik yang berlawanan dengan akidah dan syariah yang mesti dipenuhi untuk menemui semula barang yang hilang. Amalan dan kepercayaan karut serta khurafat inilah yang ditolak sekeras-kerasnya oleh Islam. Kononnya, apa sahaja barang yang hilang boleh ditemui dengan mudah sekiranya dibuat beberapa langkah seperti berikut:

Pertama, puja hajat iaitu solat hajat special oleh sekumpulan wali ghaib terpilih yang memerlukan kos yang tinggi hingga mencecah puluh ribu.

Kedua, dengan menyembelih dua ekor kambing hitam. Dagingnya dibuat kenduri untuk arwah emak ayah dan datuk nenek. Kedua-dua kepala kambing korban itu mesti diletakkan di atas dua rakit batang pisang dan dihanyutkan ke sungai. Kononnya, kedua-dua kepala itu akan dapat diterima oleh raja jin laut yang tinggal di kuala sungai itu.

Ketiga, dengan menunaikan pengeras iaitu derma kepada mana-mana masjid atau surau sebanyak RM2.25 yang boleh dimasukkan ke dalam tabung masjid atau surau. Kononnya, selepas itu barulah barang atau anak akan dijumpai sebab raja jin dan kumpulannya akan membuka semua hijab ghaib yang melindungi selama ini.

Hakikatnya, menerusi tiga upacara tesebut, mereka telah terhumban ke dalam perangkap syaitan yang mengerikan tanpa sedar. Apa yang menghairankan ialah mereka berasa bertuah kerana telah dapat melaksanakan tiga amalan yang baik yang menjanjikan kejayaan menemui barang atau orang yang hilang. Ketiga-tiga amalan itu bukan sahaj karut dan khurafat, tetapi menyebabkan mereka syirik. Upacara penyembelihan dua ekor kambing dan menghanyutkan kepalanya adalah amalan menyemah atau buang ancak yang diharamkan. Begitu juga dengan pengeras. Walaupun kelihatan sangat remeh, tetapi mengandungi maksud tunduk dan taqarrub kepada syaitan. Rasulullah s.a.w pernah menggambarkan dalam sebuah hadis bahawa seorang mukmin yang memberi pengeras berupa bangkai seekor lalat kepada berhala, akan dimasukkan ke dalam neraka. Manakala seorang mukmin yang enggan memberi pengeras tersebut sehingga dibunuh, akan dimasukkan ke dalam syurga.

SERIBU SATU MACAM KARUT-MARUT
Kaedah karut dan penuh khurafat yang disebutkan di atas merupakan salah satu daripada seribu satu macam kaedah mencari barang yang hilang yang digunakan oleh pawang dan bomoh di Malaysia. Kita temui banyak lagi kaedah yang lebih karut, lebih lucu, lebih bodoh, lebih tak masuk akal. Antara yang telah kita semua saksikan ialah aksi meneropong pesawat MH 370 yang dilakukan di KLIA tempoh hari. Kononnya melalui upacara tersebut, pandangan mereka dapat menembusi berbagai hijab ghaib angkara syaitan dan jin.

Kita tentu mengimbau semula kejadian sebuah helikopter yang terhempas di hutan Bario pada bulan Julai tahun 2004. Menurut dakwaan sekumpulan ahli nujum, kononnya mereka berjaya membantu menemuinya setelah berjaya memujuk syaitan dan jin yang menutupi  bangkai helikopter itu dengan hijab ghaib kerana marah dengan pihak kerajaan yang membina projek empangan Bakun. Ahli nujum tersebut mendakwa kononnya kejayaan itu dicapai setelah syarat yang ditentukan oleh syaitan dan jin yang mahukan sembelihan dua ekor kambing hitam ditunaikan.

KAEDAH TERBAIK PILIHAN ALLAH
Bagi mengelakkan manusia memilih ‘arraf, munajjim dan kahin sebagai penyelesaian kepada masalah manusia (termasuk masalah mendapatkan semula sesuatu yang telah hilang), maka Islam telah menyediakan kaedah alternatif yang terbaik. Terdapat banyak kaedah yang ditarbiyahkan oleh para ulama yang berlainan. Bagaimanapun, asas utamanya sama sahaja iaitu takwa dan tawakkal. Firman Allah dalam surah at-Tolaq ayat 2-3 yang bermaksud: “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan jadikan untuknya jalan keluar (dari apa juga masalah) dan mengurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka. Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah maka cukup sempurnalah Allah sebagai tempat pergantungannya, sesungguhnya urusan Allah tetap berlaku. Sesungguhnya Allah telah menjadikan ketentuan bagi setiap sesuuatu”.

Seorang rakan penulis kehilangan semua wang ketika mengerjakan umrah. Beliau tidak mahu menceritakan kejadian itu kepada rakan jemaahnya. Sebaliknya, beliau segera mengerjakan solat sunat taubat dan solat sunat hajat serta berzikir dalam masjidil Haram. Ketika beliau berjalan keluar dari masjid, tiba-tiba muncul seorang Arab yang tidak dikenali menegurnya dan memeluknya. Kemudian orang Arab itu menghadiahkan segenggam wang. Beliau dapati wang itu berjumlah dua kali ganda dari wangnya yang hilang.

SATU KAEDAH AMALAN GOLONGAN SUFIYYAH
Penulis ingin berkongsi amalan mencari barang yang hilang yang ditarbiyahkan oleh sesetengah sufiyyah yang mengandungi beberapa langkah:

LANGKAH PERTAMA: Lakukan taubat yang merangkumi empat amalan:
1.      Membanyakkan istighfar;
2.      Mandi sunat taubat sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Minhaj al-‘Abidin;
3.      Solat sunat taubat;
4.      Solat sunat awwabin iaitu bertaubat dari dosa dalaman yang sukar disedari.
Sebaik-baiknya, semua amalan taubat tersebut terpimpin. Para sahabat Rasulullah apabila bertaubat, mereka akan dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 64 yang bermaksud: “Sekiranya mereka yang telah menzalimi diri mereka sendiri (kerana melakukan dosa) datang menemui engkau (ya Muhammad), lalu mereka meminta keampunan kepada Allah, dan Rasulullah s.a.w. juga meminta keampunan dari Allah untuk mereka, nescaya mereka akan dapati bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

LANGKAH KEDUA: Solat sunat hajat 2 rakaat. Adalah baik jika pada rakaat pertama, selepas membaca surah al-Fatihah, dibacakan surah al-Insyirah; dan pada rakaat kedua pula dibacakan surah al-Ikhlas.

LANGKAH KETIGA: selesai solat hajat, bacalah ayat ke 16 dari surah Luqman seberapa banyak yang boleh dengan tatacara yang berikut:
1.      Istighfar dengan menyebut Astaghfirullah sebanyak 70 kali.
2.      Membaca al-Fatihah sekali diniatkan supaya Allah sampaikan pahalanya kepada Rasulullah s.a.w., para guru kita dan semua umatnya yang soleh.
3.      Membaca ayat ke 16 dari surah Luqman seberapa banyak yang boleh sambil membayangkan Allah memulangkan barang yang hilang kepada kita.
4.      Berzikir dengan menyebut terus seberapa lama yang mampu YA LATIF YA KHABIR

LANGKAH KEEMPAT: Berzikir tahlil terus menerus seberapa lama yang boleh dalam keadaan muraqabah ma’iyyah sambil ditumpukan doa dalam hati: “Ya Allah hanya dengan rahmatMu, kehendakMu dan kekuasaanMu sahaja barang tersebut dapat ditemui”;

LANGKAH KELIMA: Buat nazar apa sahaja yang baik dan mudah dilakukan seperti puasa sunat sehari atau sebagainya;

LANGKAH KEENAM: Bersedekah setiap hari walaupun RM1.00;

LANGKAH KETUJUH: Kekalkan diri dalam keadaan berwuduk;

LANGKAH KELAPAN: Sentiasa ingat kehendak dan keazaman makhluk tidak dapat mengatasi takdir Allah;

LANGKAH KESEMBILAN: Sentiasa menjada adab terhadap Allah iaitu mengingati namaNya, muraqabah wujudNya, keagunganNya dan kesempurnaanNya.

LANGKAH KESEPULUH: Berdoa secara khusus dengan membaca doa qunut sebanyak 13 kali sehari.

KISAH DALAM FAIL PENULIS
Seorang hamba Allah telah kehilangan motosikal berkuasa besar miliknya selama hampir enam bulan. Penulis ajarkan amalan di atas dan beliau telah mengamalkan kaedah tersebut selama tiga hari tiga malam. Beliau menumpukan amalan tersebut di rumahnya dan tidak keluar rumah kecuali ada urusan yang penting. Selepas kira-kira 2 atau 3 minggu, ketika beliau turun daripada pejabat untuk balik ke rumah, beliau terperanjat besar kerana motosikalnya berada  di tempat yang biasa beliau letakkan beserta dengan anak kuncinya sekali. Setelah diperiksa, beliau yakin itu adalah motosikalnya yang hilang. Cuma nombor platnya sahaja yang telah ditukar. Ada kemungkinan orang yang mencurinya telah memulangkannya semula. Bagaimanapun hakikatnya, Allah yang memulangkan.

Seorang jiran penulis yang kehilangan semua barang kemas warisan keluarga dapat menemui semula semua barang kemasnya sesudah beliau terus menerus bertahlil selama kira-kira satu bulan. Pencuri telah memulangkan barang kemasnya di depan pintu rumahnya di dalam beg plastik berwarna kuning.

Demikianlah sedikit sebanyak kisah benar yang berlaku. Semuanya adalah gambaran bagaimana kekuasaan Allah untuk mengabulkan permintaan hambaNya. Ada diantara hambaNya yang meminta dengan jalan yang yang syirik, tetapi Allah tetap mengabulkannya. Ada juga hambaNya yang meminta dengan jalan yang diredhaiNya, maka dikabulkan juga. Semuanya adalah ujian untuk melihat sejauh mana manusia akan percaya dan beriman dengan ketentuan Allah. Bagi mereka yang menggunakan kaedah yang syirik lalu mendapat kembali barang yang hilang, maka tiada keuntungan baginya diakhirat, bahkan dia akan dimasukkan ke dalam neraka. Manakala mereka yang kehilangan suatu milikan, lalu bersabar dan berikhtiar dengan cara yang Allah redhai, maka Allah akan membalasnya dengan ganjaran yang lebih baik di dunia dan akhirat, sekalipun barang tersebut tidak ditemui.

26 comments:

  1. Jika membaca yassin dan memberi kepada anak2 atau pelajar2 minum itu hukumnya bagaimana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dengan iktikad bahawa bacaan itu hanya sebagai wasilah untuk memohon keberkatan. Hakikatnya Allah yang Maha Berkuasa untuk memberi kesan kepada peminumnya.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum saya baru kehilangan duit saya ingin bertanya itu kasi lembut hati orang yang mencuri itu


    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Cuba amalkan apa yg guru sy ajar itu.
      Mudah2an ada barakah

      Delete
  4. TQ atas perkongsian yang sgt berguna ini,saya kehilangan barang kemas,mohon doakan semoga saya dapat kembali barang kemas yang hilang itu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, saya sudah jumpa kembali barang kemas yang hilang,TQ admin kerana berkongsi
    kaedah mencari barang hilang ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah 6 tahun brg kemas saya hilang ..tapi saya tahu siapa yg ambik ..macaner mana nak org itu bukakan hati pulang kan barang kemas saya...

      Delete
  6. Assalamualaikum saye sudah kehilangan kenderaan sye hampir 1 thun dan pelbagai cara sye lakukan untuk mendapat kan semula kenderaan sye... saya ingin bertanya ada kah barang yang hilang itu dipulangkan di tempat di curi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Bagaimana cara hilang dan bagaimana cara Allah kembalikan itu bukan dalam kuasa kita. Cuma kita disuruh berdoa memohon yang terbaik. Allah pasti akan memberi yang paling baik unutk kita, jika tidak didunia, diakhirat nanti.

      Delete
  7. Assalamu'alaikum, kemarin malam rumah kami dimasuki pencuri dan beberapa barang hilang seperti tas, harddisk, uang, dan beberapa surat penting.
    insya Allah kami akan amalkan cara2 tersebut sesuai sunnah.. mohon dibantu do'a dari kawan kawan semua.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.Emak saya baru beberapa hari lepas kehilangan barang kemas.Adakah sesuai untuk mengamalkan ayat ini untuk kembalikan semula barang kemasnya?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Uztaz,

    Saya kehilangam hp siang tadi dalam beg, cari memang tak jumpa, call banyak kali tak takde bunyi or getar. Dalam dalam masa 3 jam sya buat reports polis, lepas keluar Balai.. dalam masa sentengah jam saya dengar vibrates dalam beg, rupanya hp .. adakah mata saya telah ditutup tuk melihat hp tersebut, saya mencari tanpa membaca bismillah dan segala azimat lupa nak .. cuma saya percaya pada Allah, dengan ujian Allah.. dengan bantuan pihak polis jgk. Dapat balik barang yg hilang dgn vibrant saje. Sesuatu yg pelik telah berlaku, fenomena ini sangat pelik.. tapi tiada Tuhan Melainkan Allah. Terima kasih atas doa dan bantuan Allah SWT telah Allah kembalikan pada peminiliknya.

    Tapi, Ustaz, fenomena sangat luar biasa. Saya betul2 tidak melihat hp dalam beg, call banyak kali tak de ape2 .. tiba2 keluar balai dalam masa sejam. Barang tu seperti timbul semula di permukaan air. Ibarat barang tengelam terapung kembali dan berombak isyarat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. allah saya hilang pagi semalam smpai sekarang x jmpa lagii puas 1 rmah cari bnyi pgilan masuk ada :'( tapi tak ada rington pon hp dlm. Rmh

      Delete
  10. Assalamualikum, admin jikalau barang di stok tempat kerja hilang bagaimana pula? Tiada pencuri tetapi saya tidak tahu punca dia apa? Bila mahu guna ada sahaja sebiji atau lebih yang hilang.

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum min saya hilang hp macam mana nak dapatkan nya balik lembut kan hati seseorang pulang dengan cara baik.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum ustaz...
    Sy shukrie Dan merupakan bapa kpd 3 org anak....
    8thn,7thn Dan 2thn stgh.....
    Baru2 ni sy kerap memancing Di kolam...
    Dari tghmlm hgga subuh...
    Alhmdllah xdr ape2 yg brlaku...
    Cuma dlm mggu ni,puting botol Susu anak sy adr hilang 1 Dan sy telah mngntikan yg baru...tetapi,keesokan orgnya,isteri dapati puting hilang lg...
    Puas Katanya mncari...
    Sy pun kata lah mgkin trslah letak atau trbuang...isteri sy berkeras mngatakkn Dy xtrsalah letak atau trbuang...
    Jd...sy brtnya pd anak yg sulung Dan 2nd...pun trut mngtakan xdr buat main...
    Anak sy yg ketiga xpernah memanjat meja lg...
    Hati sy kuat mngatakkn yg anak2 buat main n xmngaku...jd,mlm smlm sy selongkar 1 rumah..alhamdllah sy jumpe kedua2 yg ilang Tu...sy jmpe bawah kabinet TV....

    Soalan sy...adakah kemungkinan trdapat gangguan trhadap rumah mahupun anak2 sy?
    Ibarat brg disorokkan....

    Mohon Bantu sy jika benar trdapat gangguan didlm rumah sy Dan ape yg perlu sy amalkkn ayat2 mahupun amalan yg membolehkan gguan seperti ni dpt dielakkan....

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum admin...br 3ari sy khilangan brg sy...mcm mn sy nk dapatkan brg sy...sy x thu nk amal kn amalan dr admin..sy bkn org yg pndai dlm bab agama...tlg sy admin...brg sy tu sgt pnting...hrp admin bntu sy...trima ksh...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum admin...br 3ari sy khilangan brg sy...mcm mn sy nk dapatkan brg sy...sy x thu nk amal kn amalan dr admin..sy bkn org yg pndai dlm bab agama...tlg sy admin...brg sy tu sgt pnting...hrp admin bntu sy...trima ksh...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum admin..

    Saya baru berpindah kerumah baru, perumahan baru. Saya tinggal dgn anak menantu. Suami dah meninggal. Sebelom pindah terus, anak2 angkut barang2 sikit2 kerumah baru. Cuma barang yg besar2 jer pakai lori sewa.

    Setelah berpindah terus kerumah baru 29hb July yg lepas, beberapa lepas tu baru saya perasan yang satu beg berisi barang2 berharga tiada. Puas dah cari satu rumah, dlm kabinet semua, tapi tak jumpa. Dah tanya anak2 menantu kot mereka terambil...tapi tiada jugak

    Dua tiga hari saya mencari ..menangis. Tapi masih tak berjumpa.

    Tolong lah admin tengokkan atau buat sesuatu ..dimana barang saya tu. Saya tak pandai dan kurang ilmu dalam perkara ini.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Saya baru kehilangan barang kemas. Ada ahli keluarga nampak anak sy main barang kemas tersebut. Sekarang tengah usaha untuk dapat balik . Minta doa semua agar barang tersebut dijumpai. Terima kasih .

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum sy baru kehilangan duit 4300 sy mintax tlg doakn supaya org yg ambil kembalikn duit tu

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum. Saya nak bertanya. Saya baru kehilangan kunci rumah. Saya sudah cari Di jalan jalan yang saya pernah lalu. Tapi, Saya Tidak berjumpa dari Maghrib tadi hingga sekarang. Macam mana saya harus buat agar Allah Tunjukkan di mana kunci rumah saya?

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum, sebelum ni saya ada kehilangan kucing kesayangan saya yanga saya beli hampir 1k.. n hilang .. saya pergi berubat n ad orang tu mendapati dia kena curi dengan mat gian.. saya tak tahu apa hukumnya bila saya berbuat demikian sebab dia menggunakan ayat Al-Quran n meyebut nama Allah juga ketika berubat n ada bagi garam suruh taburkan di depan rumah untuk menggerakkan hati orang yang curi tu untuk pulangkan semula tetapi tidak berkesan.. Jika kucing saya hilang.. adakah dengan cara ni berhasil? sebab saya sendiri tidak tahu jika kucing saya bertuka tuan dengan pencuri tu.. n soalan ke 2.. berdosakah saya berbuat demikian seperti meminta pada yang pandai untuk mencari kucing saya?

    ReplyDelete
  20. Salam...

    Kalau kita jumpa mana mana ustaz untuk meminta tolong perkara yang diatas adakah dibolehkan?

    ReplyDelete